Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.....
Entah macam mana nak mulakan blog nie.....terlalu banyak sangat perkara dan cerita yang nak ditulis dan dikongsikan. Ini bukan pertama kali Echa menulis blog, cuma kali nie Echa berazam untuk selalu update blog nie dan kali nie harap ada kelainan sikit...... Cita-cita dari muda2 dulu memang nak jadi penulis tetapi dek kerana perangai dan habit yang suka kerja sekerat jalan dan tangguh kerja....hmmmm.....semuanya hanya sekerat jalan.....tapi tulah mungkin juga sebab keadaan dan situasi hidup yang tak menentu nie menjadi penghalang. Muda dulu, tulis cerpen, novel dan puisi.....then timbul plak tulis blog, cuma situasinya lebih kepada business kononnya.....internet business versi jalan mudah untuk dapat duit.....hehehehe....pengalaman je semua tu. Kemudian beralih plak kes pengalaman hidup dan cerita pasal anak.....xpernah siap pun....tapi cadangnya nie, nak updatekan semula....coz ceritaku kali ini ada jalan cerita yang menarik sudah.......
Namun sempena tahun baru nie....berkat sokongan suami dan mentor, Echa berazam untuk berubah menjadi lebih baik......Insya Allah....amin....Mentor cakap kalau nak buat sesuatu bermula dengan perkara yang kita suka buat dan boleh membantu orang lain.....puas juga kufikir....amenda la nak buat nie.......Fikir punya fikir dan tangguh punya tangguh, akhirnya Echa dapat apa yang Echa nak.....mungkin bukanlah sesuatu yang Echa suka pun sebelum nie tapi Echa sudah mula menyukainya malahan dek kerana pengalaman melaluinya dan sukar menghadapinya.....
SHARING IS CARING
Echa tertarik dengan untuk mengisahkan blog nie dengan isu-isu ini sebab bagi Echa ia adalah pengalaman yang sangat indah yang tidak mampu digambarkan. Pabila baca blog-blog lain tentangnya terlalu perkara menarik dan indah yang datangnya dengan macam2 jenis perasaan yang sukar digambarakan melainkan kita sendiri melaluinya. Malah setiap pengalaman adalah berbeza, so Echa harap dapat kumpul semua pengalaman tu dalam blog nie.....Insya Allah......
Memandangkan dah terlalu banyak time yang Echa tangguh so cadangnya nak siapkan blog nie secepat mungkin dengan isu penuh dan padat. Almaklumlah sementara ia masih fresh dan sedang Echa alami nie so lagi best nak update dan banyak perkara nak tulis dan sharing. Lagipun buat masa sekarang memang xder apa nak buat pun, hanya beristirehat di rumah melayan perut dan anak lelakiku yang manja tue. Si suami plak seolah-olah dah bagi green light nak rehat nie....heheheheheh
So harapnya blog nie dapat membantu ramai kaum wanita untuk memperolehi maklumat dan menghiburkan.........
Wednesday, 6 February 2013
Mukkadimah
Posted by Unknown at 00:31
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment