Rupanya pasal air ketuban nie tak boleh dipandang remeh. Tetiba jer Echa masuk ruangan PA&MA sekejap dan terbaca isu ini. Agak menakutkan tapi Echa kena tahu dan selepas nie kenalah buat pantauan dari masa ke semasa yerk....Antara yang menarik perhatian Echa adalah :
Oligohydramnios
Kekurangan air ketuban memang membimbangkan. Antara risikonya ialah :
1. Janin berkemungkinan lemas akibat gangguan aliran darah dan oksigen daripada anda kepadanya apabila tali pusat terhimpit.
2. Penyempitan ruang dalam rahim boleh mengganggu pembentukan paru-paru, menyebabkan kecacatan pada anggota kaki serta kedudukan janin tidak normal.
3. Kelahiran pramatang dan komplikasi berkaitannya boleh berlaku seperti kesukaran pernafasan (respiratory distress syndrome), masalah usus (necrotizing enterocolitis), pendarahan otak (intraventricular haemorrhagel) dan jangkitan darah (septicaemia).
4. Kematian sebelum lahir.
Polihidramnios
Masalah akan timbul sekiranya air ketuban terlalu banyak. Ini termasuklah :
1. Kedudukan bayi tidak stabil. Bayi akan sering bertukar kedudukannya seperti songsang, melintang dan kepala di bawah.
2. Kandungan nampak terlalu besar dan berat. Kesannya kepada tulang belakang amat ketara apabila anda berasa tidak selesa terutamanya di tri-mester akhir kehamilan.
3. Risiko kelahiran pramatang adalah tinggi kerana proses kelahiran boleh berlaku lebih awal.
4. Disebabkan kedudukan bayi yang tidak tetap, risiko melahirkan bayi secara caesarean adalah tinggi.
5. Kandungan air ketuban yang banyak sering dikaitkan dengan bayi berkemungkinan mempunyai kecacatan. Hal ini boleh dikesan melalui pemeriksaan ultrasound.
6. Kadang-kala masalah ini boleh menyebabkan anda mengalami kesukaran bernafas, berjalan dan lain-lain.

Agak bimbang jugak coz Echa mengalaminya, cuma masa scan baru nie, alhamdulillah baby ok. Tapi Echa nak try gie klinik lain jugaklah. By the way...mmg Echa mengalami tegang perut yang ketara dan perut mmg besar sgt. Sakit belakang dan lain2.
Ya Allah semoga tiada perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Semoga aku dan kandunganku sihat, sempurna dan selamat. Amin.......
http://pama.karangkraf.com/famili/kenali-air-ketuban-1.13844
0 comments:
Post a Comment