BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 9 February 2013

Masalah Uri Lekat

Semasa kelahiran anak pertama, Echa bersalin normal namun ada masalah uri lekat. So setelah doktor berusaha nak keluarkan uri tapi tak berjaya, so mereka terpaksa mendapat persetujuan daripada Echa untuk pembedahan katanya. Echa plak tak tahu apa masalahnya nie, terkejut jugak. Dalam kalut2 dan pelbagai borang di tandatangan nie, echa bertanyakan suami, katanya suami sedang menuju ke bilik baby. Echa di bawa ke bilik pembedahan. Tak sedar dah........Sedar ajer, tengok sekeliling, tak nampak apa2 cuma kedengaran suara nurse bercakap2 sesama sendiri perlahan. Then Echa di bawa ke bilik biasa. Masa tu di hospital Klang. Malam tu sempat bersembang dengan hubby tentang anak, sampai hubby kena bebel dengan nurse coz bersembang dengan Echa. Bukan salah dia pun , Echa yang sibuk tanyer pasal anak. Tak tahu plak jam pukul berapa. Then hubby balik, Echa cuba untuk rehatkan mata tapi tak boleh, suasana bilik sunyi dan seram jer. Echa duk fikirkan anak jer. Tak terfikir langsung apa dah jadi kat Echa nie.

Keesokkannya, semasa nurse datang bagi ubat dan cuci luka, Echa tanyerkan tentang anak.....risau....nurse kata baby ok, ada kat bilik baby tapi awak tu tak ok.....Echa terkejut gak, rasanya mcm takder apa2 terjadi. " Awak tau tak awak nie kenapa ? " Echa geleng jer. Nurse tu pun explain," awak ada masalah uri lekat, bahaya, awak tahu x doktor buat apa ?" Echa geleng dan blur..... " doktor terpaksa buat MRP, awak tahu dia buat mcm mana ?" eh eh misi nie, main teka2 plak. Echa geleng dan senyum poyo....maklumlah otak pk anak. " Dia masukkan manual kedua belah tangan sampai ke siku nie..." cerita dia sambil tunjuk cara. terbeliak gak mata Echa. tak mampuku bayangkan...tapi syukurlah xrasa apa2 cuma takut gak rasanya di kemudian hari atau selepas bius nie hilang.

Namun bila tengok si kecil Irfan Rifqi tu......hilang segala2nya....Lega.........alhamdulillah....janji ok.


SHARING  IS CARING 

Echa nak share sedikit info pasal uri melekat nie. masalah uri melekat nie berlaku apabila uri masih berada di bawah janin semasa usia 28 minggu. Ia berlaku spontan ajer, bukan pengaruh genetik, pemakanan atau aktiviti ibu. Masalah uri melekat di bekas jahitan dia panggil placenta accreta tapi ia berlaku 1:500 kelahiran.

Kalau berlaku kes macam nie, doktor akan minta izin untuk bius dan keluarkan uri guna tangan yang dipanggil manual removal of placenta ( MRP ). Kalau doktor gagal guna cara nie barulah dia akan gunakan teknik pembedahan buang rahim yang dikenali sebagai hysterectomy bagi menyelamatkan si ibu.

sumber rujukan Echa : buku PA&MA April 2012, bahagian TANYA PAKAR.

Oklah, so apa yang Echa tulis di atas nie, Echa dah summary kan guna bahasa yang mudah paham dan senang. Tapi Echa ada gak merujuk pada klinik kerajaan dan swasta setiap kali Echa dapatkan rawatan....Katanya sama di atas. Kita tak akan tahu kalau akan mengalami masalah uri melekat nie. biasanya uri keluar masa melahirkan anak. so kalau tak keluar tu baru terjadi masa tu. Memang ada cerita kalau kita pernah ada masalah uri melekat, ia mungkin akan jadi kali kedua, tak boleh elak.

Echa pun takut jugak, tapi cara terbaik kita buat pantauan setiap kali kita dapatkan rawatan. Tanyer jer doktor tu kat mana uri kita. Peringkat awal hamil mmg tak boleh jangka lagi, tapi kalau selepas 28 minggu, kita kena start pantau la. Kalau uri masih kat bawah, potensi la uri lekat. Kalau dah ke atas uri tu, Insya Allah tak der masalah. Terbaru Echa check uri Echa dah naik ke atas, doktor bagitau mungkin tak terjadi alhamdulillah dan Echa berdoa sangat2 ia kekal begitu dan semasa melahirkan nanti tiada masalah cm dulu.

Sama2 kita doakan yerk.......

PS : TIPS : ada makcik2 yang Echa kenal, katanya Echa buat solat hajat mohon pada Allah supaya uri Echa tak melekat. Mak pulak suh Echa minta air penawar dengan ustaq, air selusuh katanya boleh diamalkan jugak.......JOM SAMER2 KITA CUBA K.......







0 comments: