BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 27 May 2013

Baby tak Buang Air Besar

Kini baby Lisa dh sebulan. Comel dan aktif. Manja dan kuat merajuk juga. Namun  baru2 nie, yg membimbangkan Echa sbb Lisa dah beberapa hari xbuang air besar. Cadangnya nak bawak Lisa ke klinik. So sementara nak tunggu babah Lisa abis kerja, Lisa pun cari info di internet.
Alhamdulillah dapat byk info. Tq for all blogger.

So apa yg Echa nak share harap dapat memberi inspirasi kepada ibu2 nanti.
"Baby yang menyusu susu ibu biasa terjadi begitu, tidak buang air besar selama beberapa hari, kadang2 mencecah 10 hari".
So Echa pun bercadang untuk menunggu dulu. Memang bimbang sangat, namun setelah dapat tahu, doktor biasanya akan bg ubat untuk dimasukkan ke pungung anak utk paksa buang air, Echa tambah wisau sbb ia pasti sakit dan tak selesa.

Echa pun tunggu dulu sbb baby Lisa looks ok dan ceria ajer. Malah xder plak faktor2 yg membimbangkan. So hari demi hari ku menunggu penuh sabar. Alhamdulillah......cukup plak 10 hari malam tu Lisa buang air besar. Walaupun pelbagai mimik muka Lisa just semasa meneran. Comel tp kesian gak. Namun bila tengok poo poo Lisa ok warnanya, kuning dan soft( sorry mmg geli skit tp penting untuk kita tau najis tu) sbb kalau coklat gelap atau hitam dan keras akan beri masalah pada bayi n kena rujuk doktor takut ada masalah pada perut plak.

Namun sambil tunggu 10 hari tu, kena pantau gak baby tu, pastikan ada atau tidak:
* perut baby tak keras atau dia nangis masa sentuh perut dia.
* baby kerap nangis tanpa sebab
* baby kurang menyusu
* baby muntah atau kerap muak
* baby kurang kencing
* baby susah buang air besar atau nangis masa poo poo.
* demam

So kalau ada genjala di atas, cepat3 rujuk doktor.
Tapi terpulang pada korang gak,kadang2 naluri Ibu nie tak dapat dibendung sbb bimbang. Kalau korang nak bawak baby ke klinik terus pun boleh. Dapatkan khidmat nasihat Doktor terus.....OK....
.....sharing is caring....

Sumber Echa: baby center, majalah Pa&Ma dan blogger. Pengalaman sendiri.