Semasa kelahiran anak pertama, Echa bersalin normal namun ada masalah uri lekat. So setelah doktor berusaha nak keluarkan uri tapi tak berjaya, so mereka terpaksa mendapat persetujuan daripada Echa untuk pembedahan katanya. Echa plak tak tahu apa masalahnya nie, terkejut jugak. Dalam kalut2 dan pelbagai borang di tandatangan nie, echa bertanyakan suami, katanya suami sedang menuju ke bilik baby. Echa di bawa ke bilik pembedahan. Tak sedar dah........Sedar ajer, tengok sekeliling, tak nampak apa2 cuma kedengaran suara nurse bercakap2 sesama sendiri perlahan. Then Echa di bawa ke bilik biasa. Masa tu di hospital Klang. Malam tu sempat bersembang dengan hubby tentang anak, sampai hubby kena bebel dengan nurse coz bersembang dengan Echa. Bukan salah dia pun , Echa yang sibuk tanyer pasal anak. Tak tahu plak jam pukul berapa. Then hubby balik, Echa cuba untuk rehatkan mata tapi tak boleh, suasana bilik sunyi dan seram jer. Echa duk fikirkan anak jer. Tak terfikir langsung apa dah jadi kat Echa nie.
Keesokkannya, semasa nurse datang bagi ubat dan cuci luka, Echa tanyerkan tentang anak.....risau....nurse kata baby ok, ada kat bilik baby tapi awak tu tak ok.....Echa terkejut gak, rasanya mcm takder apa2 terjadi. " Awak tau tak awak nie kenapa ? " Echa geleng jer. Nurse tu pun explain," awak ada masalah uri lekat, bahaya, awak tahu x doktor buat apa ?" Echa geleng dan blur..... " doktor terpaksa buat MRP, awak tahu dia buat mcm mana ?" eh eh misi nie, main teka2 plak. Echa geleng dan senyum poyo....maklumlah otak pk anak. " Dia masukkan manual kedua belah tangan sampai ke siku nie..." cerita dia sambil tunjuk cara. terbeliak gak mata Echa. tak mampuku bayangkan...tapi syukurlah xrasa apa2 cuma takut gak rasanya di kemudian hari atau selepas bius nie hilang.
Namun bila tengok si kecil Irfan Rifqi tu......hilang segala2nya....Lega.........alhamdulillah....janji ok.
SHARING IS CARING
Echa nak share sedikit info pasal uri melekat nie. masalah uri melekat nie berlaku apabila uri masih berada di bawah janin semasa usia 28 minggu. Ia berlaku spontan ajer, bukan pengaruh genetik, pemakanan atau aktiviti ibu. Masalah uri melekat di bekas jahitan dia panggil placenta accreta tapi ia berlaku 1:500 kelahiran.
Kalau berlaku kes macam nie, doktor akan minta izin untuk bius dan keluarkan uri guna tangan yang dipanggil manual removal of placenta ( MRP ). Kalau doktor gagal guna cara nie barulah dia akan gunakan teknik pembedahan buang rahim yang dikenali sebagai hysterectomy bagi menyelamatkan si ibu.
sumber rujukan Echa : buku PA&MA April 2012, bahagian TANYA PAKAR.
Oklah, so apa yang Echa tulis di atas nie, Echa dah summary kan guna bahasa yang mudah paham dan senang. Tapi Echa ada gak merujuk pada klinik kerajaan dan swasta setiap kali Echa dapatkan rawatan....Katanya sama di atas. Kita tak akan tahu kalau akan mengalami masalah uri melekat nie. biasanya uri keluar masa melahirkan anak. so kalau tak keluar tu baru terjadi masa tu. Memang ada cerita kalau kita pernah ada masalah uri melekat, ia mungkin akan jadi kali kedua, tak boleh elak.
Echa pun takut jugak, tapi cara terbaik kita buat pantauan setiap kali kita dapatkan rawatan. Tanyer jer doktor tu kat mana uri kita. Peringkat awal hamil mmg tak boleh jangka lagi, tapi kalau selepas 28 minggu, kita kena start pantau la. Kalau uri masih kat bawah, potensi la uri lekat. Kalau dah ke atas uri tu, Insya Allah tak der masalah. Terbaru Echa check uri Echa dah naik ke atas, doktor bagitau mungkin tak terjadi alhamdulillah dan Echa berdoa sangat2 ia kekal begitu dan semasa melahirkan nanti tiada masalah cm dulu.
Sama2 kita doakan yerk.......
PS : TIPS : ada makcik2 yang Echa kenal, katanya Echa buat solat hajat mohon pada Allah supaya uri Echa tak melekat. Mak pulak suh Echa minta air penawar dengan ustaq, air selusuh katanya boleh diamalkan jugak.......JOM SAMER2 KITA CUBA K.......
Saturday, 9 February 2013
Masalah Uri Lekat
Posted by Unknown at 23:59 0 comments
Scan Baby Teknik 3D
Salam semua. xoxo.......
Beberapa hari juga Echa tak update blog nie. Tak berkesempatan. Tapi echa nak share 1 berita yang agak baik jugak. 2 hari yang lalu Echa pergi juga ke klinik untuk check keadaan baby dalam perut nie. Dalam kebimbangan dan kerisauan jugak ler. Tergerak hati plak nak pergi so ajak si hubby pergi on the spot. Lagipun perut Echa nie besar sangat n ramai yang tegur. Malam baby bergerak terlalu aktif.
So pabila sampai di klinik, punyer ler lama menunggu pasal klinik nie klinik pakar sakit puan dan khas untuk orang mengandung nie ajer......Tersangatlah ramai orangnya, Echa plak orang yang ke 12.. So ku menunggu dengan penuh sabar, tekun dan bergelora ler.
So pabila tiba giliran Echa plak, doktot muka je garang tapi tersangat baik. Layanan pun tip top sangat. Dia bagitau dia akan guna teknik SCAN 3D. So gambar dia mmg real sangat la cam dalam gambar di atas. Berlaku pelbagai perkara lucu semasa nak scan nie. Baby Echa nie seorang yang sangat pemalu dan suka mengusik......Tersangat payah doktor nak capture gambar dia coz dia asyik tutup muka ajer. Puas juga mama dan doktor memujuk suh alih tangan. Si babah plak duk tersengih. Doktor sengaja start dengan muka dulu. Sesekali dia tersenyum dan menutup semula dengan muka dia pulak. Aduhai....tergelak kami semua.
Dengan mata sepetnya ala mama n babah dia, hidung mancung ala babah, kata doktor tu, bibir plak cm babah gak, seksinya......mama tersengih ajer.....Pipi cam mama plak.....So Doktor cakap anak awak sangat cantik la.....hehehehehe....kembang kempis kami suami isteri. ( Doktor Cina tapi cakap mcm Melayu )
Punya bagus Doktor nie, dia check 1 per 1, kedua belah tangan, kira jari cukup, perut, peha, kedua kaki dan jari kaki juga dikira. tulang belakang, otak dan pertumbuhan otak sangat baik. kira semuanya Alhamdulillah dalam keadaan baik, sihat dan sempurna.....Syukur sangat2 ke hadrat ILLAHI........
Sekarang jantina plak kami hadapi masalah kerana baby nie tutup plak dengan tangan dia, jelas jari jemari kecik tu menutup....Aduhai....sekali lagi kami pujuk. Kata doktor baby u banyak gerak2, mmg si kecik nie gerak petang2 hari.....Dia mmg aktif time petang. Echa berdebar2 sgt, jauh di sudut hati kami harap babygirl. Pasal anak sulong dah lelaki, cucu sulong plak belah Echa. Belah si hubby plak semua cucu lelaki, so famili sgt harapkan babygirl ler....... sekali doktor kata...." ok itu dia punya telur sudah nampak ".....tapi tangan kecil tu tetap menutup malu....Aduh Echa tergamam, tersengih jelah jeling2 hubby.......
Bagusnya doktor nie, dia sabar jer tunggu sampai baby alih tangan dia......
Kami tersenyum ajer ler.....alhamdulillah.....janji baby sihat.
Sekali si kecik nie alih tangan dia, Doktor pun sebut...."hmmmmm....look u got what u want la.....its baby girl....." terbeliak la mata Echa duk tgk hubby pun samer.....Tetapi Echa termalu plak....doktor cakap..." i gerenti u lah 100% baby girl....tgk ini pepet dia..." sambil tunjuk kat situ. " Ini belahan kanan dan ini kiri "....mmg jelas pun......hmmmmm....tak tergambar betapa bersyukur, happy dan bahagianya diri ini. Hubby pun tersenyum lebar, sentuhan lembut di ubun rambutku......rasa nak peluk ajer....hehheheheh....
Doktor ada juga bertanya Echa ada masalah diabetis ker....i said no.....sbb air ketuban banyak.....so takut ada kencing manis...but no....tapi nanti Echa nak tanyer gak masa gie next appointment kat klinik kerajaan minggu depan. Tapi kata mak bagus air ketuban banyak sbb nanti senang bersalin dan tak sakit sangat.....amin......sebab tu perut Echa besar sangat, baby leh berenang2 kuak lentang la....hehehehe...
So kami bakal mendapat anak perempuan. Insya Allah. yang bakal kami beri nama Nur Elissa Batrisyia.
Alhamdulillah bersyukur sangat ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya.
Sekarang Echa hanya berdoa semoga anak nie sihat, kuat dan selamat dilahirkan. Due maybe awal skit dr biasa. Semoga Echa dapat melihat anak2 membesar hingga menjadi orang yang berjaya kelak. Echa harap kami berjaya nanti. Echa berdoa senang bersalin dan tiada masalah nanti.....Doakan kami yerk.....amin........
Mama harap dan berdoa Irfan dan Batrisyia menjadi anak yang baik, pandai, soleh dan solehan, sempurna, berjaya di dunia dan akhirat. Paling penting hormat ibu bapa dan jadi insan yang bertaqwa kepada Penciptanya......amin ya rabbalalamin..........
SHARING IS CARING
Kos scan nie cuma RM90.00 ajer....bergantung pada rawatan tambahan diperlukan so lebih la sikit. Echa ada tanyer kalau untuk bersalin, katanya standby RM3000. Tapi menurut rakan Echa yang pernah dapatkan rawatan kat sini, katanya sangat baik dan tip top....ala hotel gitu.....1 kampung leh join duk sekali.....hehehhehe
Klinik nie klinik pakar, malah doktor nie pun ok. Alamat Echa tak tahu tapi bagi yang duduk di sekitar Kuantan, klinik nie kata jalan nak gie beserah yang banyak traffic light tu, sebelah kiri sebelum pasaraya ten ten. Klinik W.Y. Ko. Try ler ramai yang rujuk kat sana.
Echa plak sibuk nak tahu pasal masalah echa sebenarnya sebab tu gie jumpa pakar. Dahulu anak pertama Echa jalani MRP ( removal of placenta ) coz ada masalah uri lekat. Echa akan share sikit pasal ini. Tapi menurut doktor berkemungkinan Echa tak akan alaminya coz uri dah berada di atas. Alhamdulillah....
Bagi sesiapa yang nak tahu leh baca blog pasal uri lekat nie.
oklah.....xoxo.......
Posted by Unknown at 22:57 0 comments
Labels: UPDATES
Wednesday, 6 February 2013
Persiapan Kelengkapan ke Hospital
Sharing is Caring yang Echa nak share nie tentang persiapan barangan kelengkapan sebelum kita masuk hospital untuk melahirkan bayi nanti. Actually usia kandungan 7 bulan nie, memang kita dah patut ambil langkah berjaga-jaga dan menyediakan barangan keperluan untuk menyambut kelahiran baby kita nanti.
Sekirannya anda berkemampuan, belilah barang lebih sikit untuk disimpan di rumah dan di dalam kereta untuk dibawa ke mana sahaja. Time bekerja ataupun berjalan-jalan....." Sediakan payung sebelum hujan ".
Sekiranya tak mampu, ala kadar pun tak per, janji ada. Tak kan kita nak tengok baby kita pakai kain spital atau boleh ker kita harap si suami sediakan semuanya.
Paling tidak pun buat list dalam sekeping kertas yang comel untuk tarik perhatian si suami tu, tulis segala keperluan kita dan baby untuk kegunaan di hospital nanti. Make sure juga dorang paham apa kita tulis....
RINGKAS DAN PADAT.
Banyak gak yang Echa dapat melalui buku2 dan Internet. Masa mengandung anak pertama, semua Echa bawak tapi tak guna pun. So kali nie, Echa dah kecilkan sedikit skop dia agar senang dan tidak terlalu banyak sesuai dengan budget. Echa buat 2 copy list, 1 untuk rujukan Echa dan 1 untuk rujukan si suami yang Echa lekatkan almari cermin make up coz dia memang suka tengok cermin....heheheheheh
ANTARANYA........
KEPERLUAN IBU
- kad merah atau kad kesihatan ( ini bagi mereka yang masuk hospital kerajaan la. Echa mmg selalu letak dalam handbag )
- kad pengenalan dan kad nikah
- 1 helai tuala mandi
- 1 helai tuala kecil (yang nie Echa basahkan untuk lap muka masa tahap sakit nanti, kurang kit stress)
- pad wanita
- 2 helai baju tidur butang depan( tak payah banyak sangat, kalau tak cukup, nanti suami bawakkan )
- 2 helai baju biasa ( untuk pakai masa keluar nanti dan masa di hospital )
- 2 pasanag stokin
- 1 baju sejuk
- 1 biji bantal kecil untuk keselesaan
- 1 pasang selipar
- panties dan bra ( terpulang pada keperluan anda, nak beli yang pakai buang pun boleh )
- kain batik
- minyak panas dan tisu
- surah yasin ( untuk yang beragama Islam )
- keperluan mandian ( sabun, berus gigi, ubat gigi )
- bedak, getah rambut dan sikat
- tudung bagi yang memakai tudung.
- tuala mandi
- tuala muka atau sapu tangan ( untuk lap-lap semasa menyusu )
- selimut dan lampin balut ( bedung )
- barut bayi
- pampers newborn yerk.....
- 4 helai seluar dan baju panjang
- 1 pasang baju lengan pendek pun ok
- sarung tangan dan sarung kaki bayi (yang comel2 tu.....huhuhuhu)
- topi untuk tutup kepala
- bantal kecil ( untuk pangku bayi semasa menyusu )
- keperluan untuk menyusu. ( biasanya botol kita tak bawak kat hospital, misi marah...hhmmmm )
- mandian dan keperluan bayi ( bedak, losyen, minyak angin untuk bayi tau dan lain2 )
- standby ler puting kosong tu ( biarlah rahsia )
- wet tissue ( untuk lap bayi dan lain2 keperluan )
Posted by Unknown at 19:54 0 comments
Labels: 7 BULAN KEHAMILAN
Batuk Semasa Hamil
Semalaman cuba menyiapkan blog nie tapi mata tak menahan plak, hinggakan terbawak2 dalam mimpi. Keluar la pulak macam2 idea apa nak masuk dalam blog nie. Nasib baiklah ingat coz mimpi nie kan mainan tidur ajer.....So semalam mungkin mimpi versi IMPIAN kot sbb tu boleh ingat.
Semalam tidurku juga agak tidak lena dek kerana batuk nie. Musim agaknya, malah kat rumah nie suka berjangkit-jangkit. Kalau ada yang demam akan ada yang melekat kat orang lain plak. Manjaku si kecik Irfan tu pun selsema dan mula batuk. Mulalah sibuk nak makan ubat.....Dahulu Irfan sangat susah makan ubat, sekarang dia volunteer makan ubat....ha......ada caranya tu......will share with u all soon......
Tapi Echa nak share tips-tips dan amalan yang Echa buat dan Echa baru nak buat dan Echa tahu ler serba sedikit dengan u all.....Namun ia sekadar amalan ajer, yang lain terserah kepada yang Maha Esa menentukan. Juga peringatan, ianya bukan ler dapat menyembuhkan 100% tapi mampu mengurangkan ajer.
Mencegah lebih baik daripada merawati kan.
TOPIK : BATUK KALA HAMIL.
Batuk nie sangatlah menyiksakan untuk insan normal tapi kalau untuk wanita hamil lagi ler.....Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul kan......Ialah di saat perut kita yang menegang, di tambah plak kembung ker ataupun sakit di ulu hati yang hampir setiap hati menjengah nie, mai plak batuk.......
Kata orang sakit nie dapat mengurangkan dosa-dosa lalu. Lebih2 lagi orang mengandung nie, alangkah baiknyer. Namun juga siksa ler, terutama mengannggu tidur dan perjalanan harian kita.
Pengalaman Echa plak, tanpa segan silu Echa katankan, batuk nie cw terkencing dalam seluar. Memang tak mampu nak control......so harap maklum ku mendobi seluar, kain dan panties saban setiap hari.
Lebih sukar kalau pakej muntah sekali.....Batuk, termuntah dan terkencing. Pernah sekali sampai menangis gak ngadu kat si suami pasal dah tak tahu nak buat apa.....sampai pakai kain batik ajer dan tak mahu pakai panties dah. Tak larat nak salin2......
PERINGATAN : Perempuan hamil nie tak boleh makan ubat sebarangan. Pernah kawan berkongsi cerita, dia keguguran baby twins nya akibat makan ubat sakit kepala dek kerana sakit kepala yang amat sangat. Even paracetamol pun kena amik atas nasihat doktor dan dos yang tertentu sahaja. sO KALAU rasa teruk sangat jumpalah pakar dahulu. tapi Echa gie klinik pun, depa nasihatkan minum air banyak2, paling tidak dia bagi ubat tahan muntah ajer.......
So amalan yang Echa amalkan untuk mengurangkan batuk.....
1> MAKAN MADU - SELAWAT 3 KALI, NIAT DALAM HATI DAN DOA PADANYA MOHON DIKURANGKAN SEGALA PENYAKIT NIE....INSYA ALLAH....ambil la 15 minit sekali per sudu.
KALAU TERUK SANGAT CAMPUR SIKIT DENGAN SEDIKIT LIMAU NIPIS.
2> ISAP GULA2 DEQUADIN TU, KEKADANG SAMPAI BAWAK TIDUR TAPI JAGA2 JANGAN SAMPAI TERCEKIK PLAK.......BELILAH YANG JENIS TABLET ATAU PASTILLES TU.....MANA2 YANG SESUAI DENGAN TEKAK U ALL........
3> YANG NIE TAK PAYAH IKUT PUN TAKPER....SBB ECHA NIE GANAS SIKIT, LAU TERUK NGAT BATUK, ECHA MELAWAN KIT, LAGI BANYAK MINUM AIR BATU, KEKADANG BELI ABC ATAU ICE BLENDED......GERAM..........tp yang lawaknya menjadi jugak.......
So terpulang pada tahap keselesaan badan anda ler..............jangan memaksa sangat..........
Posted by Unknown at 19:04 0 comments
Membezakan Jantina Bayi
Semasa hamil 7 bulan nie, ada macam2 soalan daripada insan lain yang turut mengambil berat tentang diri ini.
1) Eh Echa kenapa perut bulat betul nie, tegangnya, dah nak bersalin ker? bila due nie? tak lama dah nie........( mereka sendiri bagi soalan dan mereka jugalah yang jawab ) Echa....senyum jelah....sabar jelah....
2) Eh Eh........bulatnya perut.....dah scan ker anak lelaki ke perempuan nie...?
( mereka lagi care nak tahu berbanding mama dan babahnya ini....)
3) Dek kerana tahap kerana tahap kesihatan yang tak memberangsangkan ini, Echa dah tak tolong si suami berniaga, so....hubby akan dapat soalan.....Eh mana Sha....dah bersalin ker dia........aku tengok dia lain macam ajer....besar ajer perutnya....dah bersalin erk......kat mana?......hubby.....belum la.......lambat lagi la.....due bulan 4 nanti da.......hmmmmm...( apapun terima kasih ler kengkawan, adik2, akak2, makcik2, pakcik2 semua yang mengambil berat akan diriku ini....)
Sharing is Caring.
LELAKI VS PEREMPUAN
Macam mana kita nak tahu kita nie mengandung anak lelaki atau anak perempuan.....
Actually Echa belum pergi scan lagi, bukan xnak pergi or xnak tahu, bergelora hati nie nak tahu tapi xder masa lagi, masa sangat mencemburuiku dan hubby...... so sementara tu Echa pun melawat ler mencari info2 tersebut untuk panduan dan rujukan sementara......
Tapi kata orang kalau kita pergi scan pun belum tentu yang keluar nanti samer dengan kita scan tu......macam mana tu....??????????hmmmmm.........
jom share........xoxo
BABYBOY
Kebanyakkannya adalah kepercayaan yang paling biasa didengar, popular dan mungkin 50 % betul......
- kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit. ( yang nie boleh percaya sikit sebab cam ikut science ajer, cuba u all check dalam buku merah klinik kesihatan tu. lau ada buku..)
- perut u all memboyot ke kadapan dan kelihatan " tajam "
- perut u all " rendah '
- u all sangat berseri-seri ketika hamil.......( usha cermin jap, Echa rasa cam terbalik plak, patutnya babygirl la buat kita comel dan berseri...tapi nie pendapat ramai ler..... )
- u all tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan ( maknanya sekitar 2 - 3 bulan hamil )
- payudara kanan u all lebih besar daripada yang kiri. ( yang nie payah sikit nak tentukan nie, ialah tiada yang sempurna di dunia nie kan....mitos gak kata kaki kanan lg besar dr kiri....erkkkk...betul ker....)
- tapak kaki lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum hamil.
- Bila tengok cermin selama sekurang2nya seminit anak mata membesar.
- u all mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.
- apabila u all ikat cincin kahwin pada benang dan digantungkan di atas perut, cincin tu berpusing-pusing. ( hmmmmm.......cam citer hindustan plak..."hum sathe sathe hai " cite famili tu....cuma diorang buat pada tapak tangan bakal pengantin tu, nak tentukan jantina anak....)
- kulit menjadi kering.
- apabila campurkan umur u all semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah genap.( xberapa paham....anyone.....ajari aku.." lagu anuar zain ".....)
- bulu kaki memanjang dengan cepat dan rambut semakin lebat dan berkilat.
- u all mudah diserang sakit kepala.
- bantal u all menghadap utara apabila tidur. ( Echa ada banyak bantal.....lebih kurang 5 biji buat tidur.....yang mana 1 ler nak ikut nie....)
- bila seseorang minta tunjuk tangan, u all hulur dengan tapak tangan menghadap bawah.( ini kena try masa xsedar ajer, time sedar mesti hulur ikut jantina anak yang nak nie....hehehehe....ngelat.... )
- u all tidur mengiring ke kiri.....( Echa xpasti, pasal tidur ikut keselesaan ajer, coz baby selalu duk belah kanan, so mmg tidur ngadap kiri, tapi si kecik sulong duk belah kanan, kekadang terpaksa ngadap dia, dan kekadang penat tidur ke kiri, tidur terlentang plak.....mcm mana ....?)
- air kencing berwarna kuning cerah
- anda lebih agresif berbanding suami semasa bersetubuh yang menghasilkan persenyawaan itu. ( yang nie lg payah....pasal tak tau time bila dia sangkut.....ish ish ish....18sxxxxx..)
- apabila makan seulas bawang putih, baunya keluar ikut liang roma u all.......( rumit - rumit )
- perkataan pertama anak anda sebelum nie ialah "baba " atau " dada ". ( Irfan begitu ler....until now guna baba....)
- anak anda sebelumnya ( jika perempuan ) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.
BABYGIRL
Tanda-tanda babygirl pulak semestinya bertentangan di atas........check tengok......lau ikut yang Echa baca yang lain2 tu...Echa lebih kepada baby perempuan tapi entah ler........
- kadar degupan jantung bayi u all lebih cepat daripada 140 degupan seminit. ( pemeriksaan buku merah Echa ...1> 143 , 2> 157 , misi kata cantiknya denyut nadi baby awak.....)
- perut u all bulat ( mmg sangat bulat dan seakan terbelah pun ada......)
- perut u all " tinggi ' ( time gie jenjalan, baby suker duk kat atas....)
- u all tak berseri-seri ketika hamil.( Echa plak katanya nampak berseri2 ....ngeeee )
- u all mengalami mabuk hamil dalam 12 minggu pertama kehamilan ( maknanya sekitar 2 - 3 bulan hamil, Echa mmg mabuk2 masa tu, lau check buku merah tu....15 minggu .
- payudara kiri u all lebih besar daripada yang kanan. ( xreti nak tengok nampak cm samer jer.)
- Bila tengok cermin selama sekurang2nya seminit anak mata tak mengembang.
- u all mengidam benda manis macam jus, buah-buahan, gula-gula ( time nie Echa sangat suka coklat jenama cabbury sahaja dan ais krim walls " solero " lemon tue...warna hijau...hari2 makan pun xper...)
- apabila u all ikat cincin kahwin pada benang dan digantungkan di atas perut, cincin tu bergerak ke kanan dan ke kiri. ( hmmmmm.......cam citer hindustan plak..."hum sathe sathe hai " cite famili tu....cuma diorang buat pada tapak tangan bakal pengantin tu, nak tentukan jantina anak....
- kulit menjadi lembut. ( xpasti pasal banyak buat kerja )
- u all lebih moody dari biasa ( mmg diku sangat2 baran.....sudahlah mmg baran....bertambah plak.....)
- apabila campurkan umur u all semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah ganjil.( xberapa paham....anyone.....ajari aku.." lagu anuar zain ".....)
- rambut semakin nipis dan xbermaya. ( nampak cam ok jer, sebab masa anak sulong rambut dipendekkan, now rambut panjang sebab sangat2 sayang nak potong walaupun hubby kata masa rambut pendek lagi tomei.....hmmmmmm)
- bantal u all menghadap selatan apabila tidur. ( tak tahu ler mana utara atau selatan, janji tak ngadap kiblat, orang tua2 kata tak elok tidur ngadap kiblat.....seram )
- bila seseorang minta tunjuk tangan, u all hulur dengan tapak tangan menghadap atas.
- u all tidur mengiring ke kanan.
- air kencing berwarna kuning samar. ( fening )
- suami lebih agresif semasa bersetubuh yang menghasilkan persenyawaan itu. ( yang nie lg payah....pasal tak tau time bila dia sangkut.....ish ish ish....18sxxxxx..)
- apabila makan seulas bawang putih, badan tak berbau.
- perkataan pertama anak anda sebelum nie ialah mama.
Posted by Unknown at 03:39 0 comments
Labels: 7 BULAN KEHAMILAN
Hamil 7 bulan
Sekarang Echa baru masuk 7 bulan. Sekarang nie pulak dah malam, tiba masa nak tidurkan si kecik anak sulongku itu, kerana dia memerlukan pelukan mamanya ini, sejak nak beradik nie....makin manja walaypun beliau hero lelaki Melaya yang selalu control macho.....will update...be back in 20 minutes......
| My Super Hero Muhamad Irfan Rifqi |
![]() |
| Good night and love u.....setiap malam akan cakap. Irfan and "baby" ( bantal bucuk ) |
Update..........
Akhirnya hero mama dah tidur tetapi si kecik yang di dalam perut nie pulak sibuk bergerak2 di segenap ruang yang ada malah Echa mengalami ketegangan perut yang amat sangat. Ramai juga yang menegur betapa bulat dan tegangnya perutku ini. Ada yang kata macam orang nak bersalin dah. Ada yang kata xlama lagi dah nie....amat menakutkan, ialah usia kandunganku ini kan baru menjangkau 7 bulan.....isshhh xkan kot.........
So ketegangan ini, masih lagi Echa mencari jawapannya." Hai adik sempit sangat ker perut mama nie, sampai adik bergerak2 macam nie"....di sana sini tampak timbul ajer....seolah2 si kecik nie tengah berguling2 dalam perut nie...... sekejap2 mama minta tolong babah gosok2 perut nie.....diam sekejap.....aduhai......
2 hari yang lalu plak, Echa mengalami sakit yang teruk macam nak bersalin, mula2lah terbayang macam2 perkara. Sakit belakang yang amat sangat, sakit di bahagian ari-ari yang tersangat sakit, terasa nak buang air besar, malah rasanya sama macam sewaktu nak lahirkan anak pertama dulu. Panik sekejap 1 rumah. Tapi Echa xpergilah ke klinik sebab tiada tanda air ketuban pecah atau darah. Cuma kontraksi ajer.....so echa bawa berehat sekejap, tapi memandangkan sakitnya berterusan so Echa tukar mood dan keluar berjalan-jalan. Shopping barang baby....hmmmmm....dalam sakit2 tu perlahan2 bertatih nie, hiburkan hati.....
Bak kata pepatah, sakit nie makin dilayan semakin menjadi kan.....so...........hmmm......xoxo.
Tapi jalan tu sekejap ajer ler, xlarat......bila balik Echa berehat dan tanamkan dalam minda nie agar bahawa " saya tak sakit, saya tak sakit dan saya tak sakit..." So malam tu, Echa isikan masa dengan membaca buku Pa & Ma, isu tentang kelahiran pra-matang. Sintom2 dan akibatnya.......Echa akan kongsikan di ruangan
"Kelahiran Pramatang". Sangatlah bahaya....so ku panjatkan doa agar tidak terjadi, ku pujuk2 baby di dalam perut agar bersabar dan turut membantu mamanya ini. Alhamdulillah.....segalanya kembali ok.....
So today Echa pun sudah semakin sihat dan sihat dan bertenaga. Tak mahu lagi layan sakit tue.....jangan manja sangat kan.....
Posted by Unknown at 01:59 0 comments
Labels: 7 BULAN KEHAMILAN
Sharing and Caring
Tentu ada yang tertanyer, amenda la si Echa nie nak buat nie. Actually blog nie Echa nak cerita semua hal berhubung mengandung atau hamil. Apa2 sahaja perkara yang boleh kita share bersama. Echa rasa pengalaman nie sangat menarik dan banyak yang boleh dijadikan rujukan dan pedoman. Macam2 rasa, versi cerita, pahit maung, manisnya, jalan cerita dan pengalaman yang berbeza.
Sebenarnya Echa sedang mengandung anak kedua yang kini berusia 7 bulan. Pengalaman yang dirasai amatlah berbeza dengan pengalaman mengandung anak yang pertama. Macam2 hal jadi. Sampai satu hari tu Echa sibuk bertanya dengan suami kenapa itulah, kenapa inilah, mcam mana nie, macam mana tue, terlalu banyak sangat persoalan yang menusuk kalbu nie yang tidak mampu si suami jawab.
Berbuku2 ler bermain di minda nie.....aduhai nie........Padahal ini pengalaman kedua hamil, xkan tak tahu lagi....tapi Echa silap, setiap pengalaman adalah berbeza. Mungkin kita tahu banyak perkara tapi kita tak tahu semuanya, malah kadang2 kita terlupa. So kenalah cari buku2 lama ataupun online untuk mendapatkan maklumat. jadi itulah yang kubuat. Dari situlah lahirnya niat nak buat blog nie agar apa yang Echa cari dan buat dapat dikongsi bersama teman2 yang lain.
Harapnya adalah maklumat yang berguna untuk dijadikan rujukan dan panduan, juga mengisi masa lapangku ini......sama2 ler kita sharing .....coz sharing is caring........xoxo
" the more i share the i get ".....
Posted by Unknown at 00:57 0 comments
Mukkadimah
Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.....
Entah macam mana nak mulakan blog nie.....terlalu banyak sangat perkara dan cerita yang nak ditulis dan dikongsikan. Ini bukan pertama kali Echa menulis blog, cuma kali nie Echa berazam untuk selalu update blog nie dan kali nie harap ada kelainan sikit...... Cita-cita dari muda2 dulu memang nak jadi penulis tetapi dek kerana perangai dan habit yang suka kerja sekerat jalan dan tangguh kerja....hmmmm.....semuanya hanya sekerat jalan.....tapi tulah mungkin juga sebab keadaan dan situasi hidup yang tak menentu nie menjadi penghalang. Muda dulu, tulis cerpen, novel dan puisi.....then timbul plak tulis blog, cuma situasinya lebih kepada business kononnya.....internet business versi jalan mudah untuk dapat duit.....hehehehe....pengalaman je semua tu. Kemudian beralih plak kes pengalaman hidup dan cerita pasal anak.....xpernah siap pun....tapi cadangnya nie, nak updatekan semula....coz ceritaku kali ini ada jalan cerita yang menarik sudah.......
Namun sempena tahun baru nie....berkat sokongan suami dan mentor, Echa berazam untuk berubah menjadi lebih baik......Insya Allah....amin....Mentor cakap kalau nak buat sesuatu bermula dengan perkara yang kita suka buat dan boleh membantu orang lain.....puas juga kufikir....amenda la nak buat nie.......Fikir punya fikir dan tangguh punya tangguh, akhirnya Echa dapat apa yang Echa nak.....mungkin bukanlah sesuatu yang Echa suka pun sebelum nie tapi Echa sudah mula menyukainya malahan dek kerana pengalaman melaluinya dan sukar menghadapinya.....
SHARING IS CARING
Echa tertarik dengan untuk mengisahkan blog nie dengan isu-isu ini sebab bagi Echa ia adalah pengalaman yang sangat indah yang tidak mampu digambarkan. Pabila baca blog-blog lain tentangnya terlalu perkara menarik dan indah yang datangnya dengan macam2 jenis perasaan yang sukar digambarakan melainkan kita sendiri melaluinya. Malah setiap pengalaman adalah berbeza, so Echa harap dapat kumpul semua pengalaman tu dalam blog nie.....Insya Allah......
Memandangkan dah terlalu banyak time yang Echa tangguh so cadangnya nak siapkan blog nie secepat mungkin dengan isu penuh dan padat. Almaklumlah sementara ia masih fresh dan sedang Echa alami nie so lagi best nak update dan banyak perkara nak tulis dan sharing. Lagipun buat masa sekarang memang xder apa nak buat pun, hanya beristirehat di rumah melayan perut dan anak lelakiku yang manja tue. Si suami plak seolah-olah dah bagi green light nak rehat nie....heheheheheh
So harapnya blog nie dapat membantu ramai kaum wanita untuk memperolehi maklumat dan menghiburkan.........
Posted by Unknown at 00:31 0 comments



